
Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu
sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia
hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya
berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap
Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t.
supaya
memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata :
"Suatu hari
nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."Untuk membuat
sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang
yang banyak kepada
isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya
mengambil duit itu dan
menyimpan di tempat yang selamat,
di
samping itu
suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh
isterinya.
Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu
mengambil
duit
tersebut dan
mencampakkan beg duit
ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia
membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu
Allah
s.w.t.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan
beg
duit dan
menyerahkan
duit itu kepada suaminya
kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila
dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
0 ulasan:
Catat Ulasan