Rabu, 3 Jun 2009 di 8:45 PTG | 0 ulasan  
hai...
nama saya gamgam..
anda pernah isap gam????
bagaimana rasanya..
aneh bukan..
Dicatat oleh gamgam
Selasa, 2 Jun 2009 di 12:35 PG | 0 ulasan  


Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Beramal Dengan surah Al-kahfi
Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)


HuraianDalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat
Dicatat oleh gamgam
Isnin, 18 Mei 2009 di 12:32 PG | 0 ulasan  


GAMBAR (kiri) Alat diletakkan dalam mulut mangsa bagi menyukarkan percakapan. (kanan) Salah satu daripada 252 alatan seksaan yang akan dilelong.

Besi pengunci lidah, kerusi paku jadi bukti azab seksaan lampau

BAYANGKAN keadaan ini - lidah 'dikunci', kulit tubuh disiat dan ditarik, manakala tangan melecur ditekap sarung tangan besi panas yang diletakkan di atas bara api.

Ngeri bukan? Jika kita yang mendengarnya boleh memberi reaksi sedemikian, bayangkan penderitaan serta trauma mangsanya yang melalui proses kejam diseksa atas alasan hukuman serta bagi mendapatkan maklumat yang amat diperlukan.

Inilah azab dialami kalangan suspek dan penjenayah pada abad ke-16 hingga ke-19 yang diseksa menggunakan pelbagai peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi, demi memaksa mereka memberi kerjasama.

Kini, penderitaan mereka itu bakal diselami menerusi lelongan peralatan antik itu oleh sebuah syarikat juru lelong Amerika Syarikat, Guernsey’s Auction.

Bukan satu atau dua, malah sejumlah 252 artifak alat seksaan, buku dan dokumen mengenainya yang berusia ratusan tahun itu dan bernilai sekurang-kurangnya RM10.5 juta, dapat dilihat menerusi acara lelongan koleksi yang belum ditetapkan tarikhnya. Apa yang menarik, bahan artifak itu disifatkan sebagai koleksi peralatan seksaan terbanyak di dunia, setakat ini.

Presiden Guernsey's Auction, Arlan Ettinger bersama koleksi alatan seksaan berusia ratusan tahun yang bakal dilelong.

Antara peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi padu dan masih kukuh sehingga ke hari ini ialah alat pengunci lidah, rantai lengan ditusuk besi tajam, kerusi paku, pedang pancung, sarung tangan besi yang digunakan bagi membakar tangan serta topeng besi berat yang menyukarkan mangsa mengangkat kepala.

Peralatan yang dibuat bertujuan menyebabkan kesakitan bukan sementara, sebaliknya kekal. Kesakitannya pula boleh dirasai hampir ke seluruh badan serta anggota penting - dari kepala, mulut, tangan, kaki dan tubuh.

Koleksi itu sebelum ini dikatakan hilang pada awal abad ke-19. Ia kemudian ditemui selepas Perang Dunia Kedua apabila seorang lelaki Norway yang dihukum tentera Jerman, memperoleh koleksi berkenaan dan membawanya ke Amerika.

Lelaki yang identitinya dirahsiakan pihak Guernsey mati pada 1970-an dan koleksi itu terus diwarisi anggota keluarganya selama beberapa generasi.


Apa yang menarik, biarpun tarikh lelongan masih belum diputuskan, berita mengenai acara itu mendapat perhatian ramai selepas publisiti meluas mengenainya dilaporkan media antarabangsa, baru-baru ini.

Malah, acara itu mendapat perhatian kerana muncul di tengah-tengah kesedaran ramai berhubung taktik seksaan kejam yang mencabuli hak asasi manusia, khususnya kontroversi taktik digunakan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), seperti kaedah melemaskan suspek atau ‘waterboarding’.

Acara lelongan itu juga hanya mengetengahkan hakikat yang sudah pun diketahui ramai - penggunaan taktik kejam, perit dan menyeksakan itu yang sudah wujud sejak sekian lamanya.

Pameran koleksi alat seksaan itu pula bukan kali pertama diadakan kerana pernah mendapat perhatian ramai menerusi pameran bergerak di sekitar Eropah selain dipamerkan di New York pada 1893.

Selaras peredaran masa serta nilai sejarah dan ciri kejamnya menyebabkan ia dengan mudah bernilai jutaan ringgit. Malah, keunikan koleksi itu turut diakui Presiden Guernsey Auction, Arlan Ettinger yang dipetik sebagai berkata:

“Peralatan ini sememangnya dihasilkan untuk mendatangkan kesakitan. Ia memang kejam. Kita mungkin tertarik dengan fungsinya, tetapi bayangkan trauma serta kesakitan dialami mangsa. Ringkasnya, ia menarik, tetapi kejam.”

Malah siapa sangka, imej peralatan besi yang kelihatan sudah berkarat itu pernah merakam jeritan dan kesakitan mangsa yang biarpun meronta, tetapi tetap diseksa.

Kesannya pula bukan sedikit tetapi ciri-ciri pada alatan besi itu menunjukkan matlamat utamanya ialah mencetuskan kesakitan yang amat sangat pada hampir ke seluruh badan dan anggota penting - dari kepala, mulut, tangan serta kaki.

Selain peralatan besi itu, sebagai bukti sejarah peranannya sebagai alat seksaan lampau, koleksi itu turut didatangkan dengan buku yang merakam senario penyeksaan dilakukan.

Tidak ketinggalan, maklumat pendaftaran pengunjung pada pameran sama di England dan Jerman yang diadakan pada abad ke-18.

Keunikan lain koleksi itu ialah tujuan acara lelongan itu bukannya bagi meraih keuntungan semata-mata, tetapi lebih penting menyemarak dan meningkatkan kesedaran mengenai kesan dan kesengsaraan hasil penggunaan taktik dan peralatan kejam sedemikian.

Pada masa sama, ia juga bertujuan mengutip sumbangan dengan sebahagian hasil lelongan itu didermakan kepada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International serta badan bukan kerajaan yang menentang kekejaman taktik ganas sedemikian.

Mungkin pelik bagaimana peralatan yang bukan setakat menyeksa, malah turut meragut nyawa mangsa dipancung, boleh menyumbang kepada soal kesedaran mengenai taktik kejam ini.

Tetapi inilah bukti selagi ada usaha, sudah pasti nilai murni kemanusiaan sejagat dapat diterapkan biarpun menerusi acara lelongan yang menyelami kekejaman lampau.

'Pengintip, pengkhianat dan pencuri paling banyak dihukum'

TAKRIFAN seksaan ini merujuk kepada kesakitan fizikal atau mental yang dilakukan ke atas individu bagi tujuan menghukum atau mendapatkan maklumat. Selain dimaki hamun, pelbagai peralatan turut dicipta bagi memberikan kesakitan melampau ke atas individu berkenaan.

Pada Zaman Pertengahan yang diketahui sebagai era tidak bertamadun, kaedah seksaan paling kerap dilakukan ke atas mereka yang didakwa sebagai pengintip, pengkhianat serta pencuri.

Dokumen sejarah menyatakan, jika kesalahannya serius, mereka boleh dihukum bunuh dan hukuman seperti gantung, lazimnya dibuat di kawasan terbuka bagi menjadi peringatan kepada penduduk.

Antara kaedah popular bagi memaksa mangsa mendedahkan maklumat ialah menggunakan kerusi khas yang ditusuk dengan senjata tajam serta roda gergasi bagi menggantung mangsa.

Beberapa kaedah yang digunakan bagi melakukan seksaan ke atas mangsa pada Zaman Pertengahan ini. Ia termasuk:

  • Mencabut gigi/kuku
  • Memukul/belasah
  • Membutakan mata
  • Merendam kaki atau tangan dalam air panas
  • Mencekik
  • Mencacatkan badan
  • Melemaskan tahanan atau mangsa
  • Disebat/dirotan
  • Mengerat alat sulit
  • Membiarkan tahanan kelaparan
Antara lokasi seksaan, selain kawasan terbuka atau tempat tumpuan awam ialah di bahagian bangunan yang lebih tersembunyi. Ini seperti di bahagian bawah tanah istana atau bangunan penjara.


Dicatat oleh gamgam
Selasa, 28 April 2009 di 12:06 PG | 0 ulasan  


Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada zaman silam, adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu membentuk aliran tunggal sejarah dunia. Kesannya, kita semua kini termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global. Buku ini memaparkan falsafah dari seluruh dunia yang cuba menyedarkan peri pentingnya memberi penekanan kepada budaya dan tamadun silam pelbagai bangsa, agama dan iklim intelektual – asas yang banyak menyumbang kepada pemikiran manusia.
Dicatat oleh gamgam

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Dicatat oleh gamgam

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Dicatat oleh gamgam

Saidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Banyak penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.
Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpinting dalam bidang apa saja. Tetapi Saidina Othman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain."
Saidina Othman berkata lagi "Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah." sambung Khalifah lagi "Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang."
Abdullah bin Saba' keluar dengan perasaan gelap. Ia telah bersusah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacaukan ajarannya.
Maka Abdullah bin Saba' berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah yakni kaum Syiah sekarang.
Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga ia berani berkata "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak."
Mendengar khabar beracun seperti itu Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Dicatat oleh gamgam
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum