nama saya gamgam..
anda pernah isap gam????
bagaimana rasanya..
aneh bukan..
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||||||||||||||
Kategori : IBADAH Akidah Tajuk : Beramal Dengan surah Al-kahfi Hadith : Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) HuraianDalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat
Dicatat oleh
gamgam
![]() ![]() GAMBAR (kiri) Alat diletakkan dalam mulut mangsa bagi menyukarkan percakapan. (kanan) Salah satu daripada 252 alatan seksaan yang akan dilelong. Besi pengunci lidah, kerusi paku jadi bukti azab seksaan lampau Inilah azab dialami kalangan suspek dan penjenayah pada abad ke-16 hingga ke-19 yang diseksa menggunakan pelbagai peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi, demi memaksa mereka memberi kerjasama.
Antara peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi padu dan masih kukuh sehingga ke hari ini ialah alat pengunci lidah, rantai lengan ditusuk besi tajam, kerusi paku, pedang pancung, sarung tangan besi yang digunakan bagi membakar tangan serta topeng besi berat yang menyukarkan mangsa mengangkat kepala.
Apa yang menarik, biarpun tarikh lelongan masih belum diputuskan, berita mengenai acara itu mendapat perhatian ramai selepas publisiti meluas mengenainya dilaporkan media antarabangsa, baru-baru ini.
Antara lokasi seksaan, selain kawasan terbuka atau tempat tumpuan awam ialah di bahagian bangunan yang lebih tersembunyi. Ini seperti di bahagian bawah tanah istana atau bangunan penjara.
Dicatat oleh
gamgam
![]() Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada zaman silam, adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu membentuk aliran tunggal sejarah dunia. Kesannya, kita semua kini termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global. Buku ini memaparkan falsafah dari seluruh dunia yang cuba menyedarkan peri pentingnya memberi penekanan kepada budaya dan tamadun silam pelbagai bangsa, agama dan iklim intelektual – asas yang banyak menyumbang kepada pemikiran manusia.
Dicatat oleh
gamgam
![]() ![]() Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Dicatat oleh
gamgam
![]() Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Dicatat oleh
gamgam
![]() ![]() Saidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Banyak penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.
Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpinting dalam bidang apa saja. Tetapi Saidina Othman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain." Saidina Othman berkata lagi "Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah." sambung Khalifah lagi "Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang." Abdullah bin Saba' keluar dengan perasaan gelap. Ia telah bersusah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacaukan ajarannya. Maka Abdullah bin Saba' berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah yakni kaum Syiah sekarang. Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga ia berani berkata "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak." Mendengar khabar beracun seperti itu Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Dicatat oleh
gamgam
![]()
Dicatat oleh
gamgam
![]()
Dicatat oleh
gamgam
![]() .1 Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya. Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.
Dicatat oleh
gamgam
![]()
Penyelam ikan atau tuhun daing dalam bahasa Ubian (satu daripada 33 etnik di Sabah) adalah nelayan tradisional di Pulau Mantani, dekat Kota Belud, Sabah. Pekerjaan itulah yang menampung kehidupan keluarga mereka. Dengan mengikat tiub getah pada pinggang dan menggigit hujung tiub itu, penyelam akan menyedut oksigen daripada tiub dan menyelam antara 40 hingga 50 meter untuk menangkap udang galah atau menembak ikan bersaiz besar antara dua hingga 20 kilogram (kg), selain menjadikan siput kima sebagai hasil laut untuk keluarga. Tuhun daing yang berseluar pendek dan baju T, hanya memakai google dan kaki itik yang diperbuat daripada plastik keras (tong ikan yang dipotong dalam bentuk kaki itik) yang dipakukan pada getah tiub motosikal (untuk disarungkan pada kaki). Mereka akan mengikat tiub getah ke pinggang beberapa kali bagi memudahkan ditarik oleh rakan yang berada dalam perahu jika berlaku sesuatu tidak diingini. Dengan menggigit hujung tiub, tuhun daing menghela nafas ketika menyelam di dasar laut. Berbekalkan senapang menembak ikan berpeluru sebatang besi tahan karat sepanjang kira-kira satu meter yang hujungnya berbentuk anak panah, tuhun daing juga membawa jaring kecil berbentuk bakul diikat pada pinggang masing-masing, dijadikan tempat menyimpan ikan yang ditembak. Tuhun daing cekap mengesan ikan di dasar laut. Jenahak, merah, gerepoh, kerapu, senangin, tetambak, ketak lantai dan pelbagai jenis ikan bersisik yang lain sering menjadi buruan mereka kerana harganya lebih tinggi. Dengan berenang di celah batu karang, tuhun daing bijak bersembunyi sebelum menunggu jenahak atau merah atau ikan yang lain keluar dari `rumah' mereka. Sebaik saja ikan jelas kelihatan, tuhun daing melepaskan tembakan yang ditujukan ke kepala ikan. Lazimnya, tuhun daing menembak ikan bersaiz besar antara tiga hingga 20 kilogram (kg) dan kadangkala mencecah 30 kg. Jika ikan yang ditembak terlalu besar, tuhun daing harus bersedia mengejar ikan sebaik saja tembakan dilepaskan. Tujuannya untuk menangkap peluru senapang sebelum dilarikan ikan. Dengan memegang kemas peluru berkenaan, ikan tidak mampu melarikan diri terlalu jauh hingga sukar dikesan. Lazimnya, tuhun daing mampu bertahan kira-kira sejam di dasar laut. Setiap satu jam, mereka akan menarik tiub getah berkenaan sebagai isyarat rakan di dalam perahu menariknya ke dalam perahu. Selepas naik dalam perahu, tuhun daing perlu melepaskan lelah dan tugas berkenaan disambung rakan lain. Setiap kali rakan yang sudah menyelam naik ke dalam perahu, tuhun daing yang lain pula mengambil alih. Bukan saja ikan, udang galah juga banyak bersembunyi dalam batu karang. Tuhun daing akan berusaha menarik belalai udang galah hingga ia keluar daripada persembunyiannya. Begitu juga dengan siput kima. Selain isinya yang lazat bak ayam, cengkerang siput kima juga boleh dijadikan bahan mendapatkan wang bagi menyara anak isteri. Tuhun daing bukanlah penyelam “kosong” tanpa ditemani sedikit sebanyak ilmu yang diwarisi turun-temurun untuk memanggil ikan. Mereka juga melengkapkan diri dengan ilmu mengunci mulut ikan berbahaya seperti yu jerung dan kertang (kerapu yang melebihi 50 kg). Namun, bagi tuhun daing, bacaan ayat tertentu dalam bahasa Ubian dan Pala'u (Bajau Laut) tidak mampu mengatasi hak dan ketentuan Allah. Setiap kali berada jauh di dasar laut, hanya kepada Allah tempat mereka menyerahkan ketentuan nasib supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada malang yang tidak tahu bila bakal menjelma.
Dicatat oleh
gamgam
TUHUN DAING menyambung hidup dengan menyelam di laut dalam menggunakan tiub kereta untuk bekal oksigen MENYELAM antara 40 hingga 57 meter di laut dengan hanya menggunakan tiub getah yang membekalkan oksigen daripada alat pemampat udara atau kompresor pendingin hawa kereta untuk mencari udang galah, ikan dan siput mungkin agak asing bagi kebanyakan nelayan di negara ini, khususnya di Semenanjung. Putaran enjin 13 kuasa kuda yang disambungkan pada kompresor pendingin hawa kereta menghasilkan oksigen yang dimampatkan sebelum disalurkan ke balang gas berukuran kira-kira satu meter yang kemudiannya disalurkan ke tiub sepanjang antara 40 hingga 50 meter.
Dicatat oleh
gamgam
HARI KAMI MEMFORMAT KOMPUTER BERTUJUAN UNTUK MENGINGAT SEMULA PELAJARAN LEPAS... SECARA KESELURUHANNYA, SAYA DAN RAKAN2 BERJAYA MELAKUKAN FORMAT.
Dicatat oleh
gamgam
![]() ![]()
TINDAKAN MAJLIS PERUNDANGAN ISLAM ARAB SAUDI
Dicatat oleh
gamgam
![]() A wood engraving of an execution by elephant published in the 1868 issue of Le Tour Du Monde. (Image Credit: Wikipedia) Pachyderms aren't natural-born killers. However, with a little training (often involving practice coconuts), they'll gladly stomp on the head of a criminal. The ancient ritual, which spread nearly everywhere elephants were found, was still in use as recently as the early years of British colonization. Crushings were usually public spectacles administered by abnormally large elephants - just in case the audience didn't find the sight of an angry Dumbo squashing a human head scary enough. Method: Crucifixion
Although forever associated with one particular execution, crucifixion was the capital punishment method of choice in much of the ancient world. Marcus Licinius Crassus probably set the all-time record for crucifixions when, after defeating Spartacus in 71 B.C.E., he had an estimated 6,000 of the gladiator's rebel slaves crucified along the Appian Way. Roman emperor Constantine the Great banned the practice in 337 C.E., but it cropped up again in the 16th century, in such places as Japan and Mexico. Today, Catholics in Iztapalapa, Mexico, crucify themselves annually as a devotional practice, removing the nails before the fatal damage is inflicted. Method: The Brazen Bull
Legend has it that a reed-based acoustic mechanism made the victims' screams sound like a bull's bellow, while the smoke from inside blew out its nose. As for Phalaris, he eventually got an inside look at his own device when he was overthrown by Telemachus and became the bull's next meal. (Image Credit: Medievality) Method: Ling Chi
[Note: Image from a film by Taiwanese artist Chen Chiej-jen called Lingchi - Echoes of a Historical Photograph, interesting article in Taipei Times (warning: gruesome images)] Method: Cave of Roses Snakes in a cave! Part execution, part nightmare, the Cave of Roses required locking victims in a dark cave filled with a smorgasbord of venomous creatures and other unpleasant creatures. With no way to escape and no way to see, the condemned knew it was only a matter of time before their movements provoked some creepy crawly to deliver a fatal bite. The Cave of Roses was finally abolished in 1772, and fortunately, Sweden grew a lot more enlightened with time. Exactly 200 years later, it became one of the first major European nations to ban the death penalty completely. Method: Keelhauling
Man overboard! A punishment specific to sailors, keelhauling meant tying a man with rope, dropping him off the front of a ship, then dragging him "across the keel" from bow to stern. A long haul took several minutes, during which time the victim would drown (though being dragged along the barnacle-covered hull certainly facilitated things). Shorter hauls, conducted for less severe crimes, left sailors scarred but alive - a practice that became popular with pirates as well as government navies. Method: Spanish Donkey (or Wooden Horse)
Used both for torture and execution, the donkey was a big hit in the Spanish military. A naked victim was forced to straddle the apparatus, which was basically a vertical wood board with a sharp V-shape wedge on top. Weights were attached to the offenders' ankles or feet, pulling them down onto the sturdy wedge until the victims split in two. Despite the name no (non-human) animals were harmed in the making of this device. Method: Guillotine
6 (Image Credit: The Guillotine Headquarters)
Dicatat oleh
gamgam
![]() ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim (tengah) setelah diberi kesedaran mengenai niatnya untuk bertukar agama sambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan Zakat Kuantan, Halidan Md. Daud di Kuantan semalam. KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air. Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut. Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan. "Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu. Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran. Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan. Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya. Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan. Sumber: Kosmo
Dicatat oleh
gamgam
![]()
Dicatat oleh
gamgam
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Dicatat oleh
gamgam
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya." Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Anjing-anjing neraka Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Quran · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t
Dicatat oleh
gamgam
![]() Al-Quran sebagai pembela:
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
Dicatat oleh
gamgam
![]() Pertumbuhan Gigi Susu
Pertumbuhan Gigi Susu beberapa orang tua pastinya khawatir akan terlambatnya pertumbuhan gigi susu buah hatinya namun tidak perlu khawatir karena memang tidak semua anak sama untuk pertumbuhan giginya.Pada dasarnya erupsi atau keluarnya gigi susu pertama terjadi di usia 6-8 bulan. Umumnya diawali oleh keluarnya gigi seri tengah bawah, lalu secara berurutan gigi seri tengah atas, gigi seri lateral atas dan gigi seri lateral bawah, geraham susu pertama, gigi taring dan geraham susu kedua. Tapi erupsinya tak sekaligus, melainkan satu per satu dan kadang ada juga yang sepasang-sepasang. Umumnya ketika anak berusia 1 tahun mempunyai 6-8 gigi susu (tapi kadang ada juga yang hanya 2 gigi walaupun tanpa disertai keluhan pertumbuhan) dan akan menjadi lengkap berjumlah 20 gigi susu (4 gigi seri atas-bawah, 2 gigi taring kanan-kiri di atas-bawah, dan 4 geraham kiri-kanan di atas-bawah) pada usia 18 bulan atau 2 tahun. Kendati erupsi gigi pertama terjadi pada usia 6-8 bulan, namun masih belum bisa dikatakan terlambat apabila di atas usia tersebut belum juga keluar gigi pertama. Karena, normalnya erupsi gigi terjadi pada usia 6-12 bulan. Lain halnya bila si anak sudah berusia lebih dari setahun tapi belum juga terjadi erupsi gigi, maka perlu diketahui penyebabnya, ini apa bila anak belum sama sekali tumbuh giginya. Kemungkinan keterlambatan itu karena ada kelainan pertumbuhan gigi atau pertumbuhan gigi yang tak sempurna. Misalnya, anak tidak mempunyai benih gigi, sehingga ditunggu sampai usia berapa pun tak akan ada erupsi. Tentunya kelainan ini akan tetap berlanjut sampai dewasa, ia tak akan mempunyai gigi kecuali bila dibuatkan gigi susu. Tapi faktor yang menyebabkan terjadinya kelainan pertumbuhan ini tidak diketahui secara pasti dan bukan diakibatkan kekurangan suatu zat tertentu. Diduga, kelainan ini hanya ada pada daerah-daerah tertentu. Ada juga ditemui kasus yang dikarenakan perkawinan, misalnya, keturunan suatu keluarga. Sementara erupsi gigi yang terjadi lebih dini juga dikatakan kelainan pertumbuhan. karena seharusnya erupsi gigi itu menurut normal perkembangannya. Jadi kalau di luar normal perkembangannya, maka dikatakan ada kelainan. Erupsi gigi susu yang terjadi lebih dini termasuk kelainan pertumbuhandan perkembangan gigi. Contohnya, bayi yang pada saat lahir sudahmemiliki gigi (istilahnya gigi natal). Tumbuhnya tidak tentu, di bagiandepan atas atau bawah tapi jarang di bagian belakang. Banyaknya satubuah. Ada juga erupsi gigi dini yang terjadi baru pada bulan pertamasetelah kelahiran (istilahnya gigi neonatal). Pada kasus keduanya, belumtentu bayi mengalami gejala sakit tumbuh gigi.Tapi tak semua gigi yang erupsinya lebih dini adalah betul-betul gigi dengan memiliki akar gigi. Ada juga yang bukan gigi betulan tapi semacam epitel atau tonjolan dari gusi yang keras seperti gigi tapi tak ada akarnya. Nah, pada kasus ini mesti dilihat apakah mengganggu atau tidak. Kalau dianggap mengganggu, maka mesti dibuang. Tapi kalau tidak, ya, tak apa-apa. Yang dimaksud mengganggu, misalnya, gigi tersebut goyang karena memang belum mantap, sehingga si bayi merasa sakit dan membuatnya rewel. Tentunya kalau gigi tersebut goyang dikhawatirkan akan lepas sendiri sehingga bila tertelan oleh si bayi. Jadi, harus dicabut. Begitupun bila sang gigi membahayakan si ibu pada saat menyusui. Karena gigi tersebut tajam dan akan membahayakan puting susu karena luka gigitan. Beberapa gejala pada anak pada saat giginya tumbuh (erupsi):* Gatal pada gusiIni paling sering dialami. Rasa gatal ini membuat anak sering menggigitbenda yang dipegangnya. Untuk mengatasinya berikan biskuit bayi yangagak keras tapi akan hancur terkena air liur, sehingga tidakmembahayakan. Atau bisa juga diberi mainan khusus bayi untukdigigit-gigit yang aman dari zat beracun.* RewelKeadaan gatal pada gusi membuat bayi merasa tak nyaman. Akibatnya bayiyang baru tumbuh gigi hampir selalu rewel.* Gusi tampak kemerahan* Tidak nafsu makanPerasaan tak enak di mulut karena tumbuh gigi bisa membuat anak malasmakan atau mengunyah. Meski demikian anak tetap harus makan.* DemamBiasanya tidak sampai demam tinggi. Bila demamnya cukup tinggi, bawalahanak ke dokter untuk mengecek apakah demamnya memang disebabkan akantumbuh gigi atau ada penyebab lain.GIGI TETAPGigi tetap pertama biasanya muncul di usia 6 tahunan. Oleh karenanya,paling baik kalau gigi susu tanggal ketika gigi tetap penggantinya sudahteraba atau terlihat. Gigi susu harus dipertahankan karena merupakanpenuntun erupsi bagi gigi tetap. Jika gigi susu copot sebelum waktunyagigi tetap keluar, maka gigi geligi “tetangganya” akan bergeser mengisisebagian kavling yang kosong. Akibatnya, gigi tetap tumbuh tidak padatempatnya alias berantakan.
Dicatat oleh
gamgam
![]()
keindahan alam adalah ciptaan tuhan yang tidak ternilai harganya walaupun dengan harta di dunia ini. cuba kita mendongak ke langit dan kita renungkan apa yang ada didalamya? sudah tentulah kebesaran Allah S.W.T........sambung...
Dicatat oleh
gamgam
![]() sambungan....... gamgam hai bertemu lagi dalam tajuk gamgam... orang yang menghidu gam merupakan orang yang tidak mempunyai akal yang panjang. selalunya orang yang menghidu gam ini terdiri daripada keluarga yang miskin dan terabai hidupnya..........kenapa? cuba kita renungkan........ ibu bapa sentiasa sibuk mencari rezeki untuk anak-anak mereka, namun mereka tidak terfikir kehidupan dan amalan anak mereka..... anak ini rasa diri mereka terabai dan tersisi daripada mendapatkan kasih syang daripada ibu bapa....
Dicatat oleh
gamgam
Dicatat oleh
gamgam
|
Blog Archive
![]() ![]() MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum
|
<$BlogCommentBody$>
<$BlogItemCreate$>
"><<>