Selasa, 28 April 2009 di 12:06 PG | 0 ulasan  


Kita hidup dalam era yang paling banyak berubah dalam sejarah. Pada zaman silam, adalah mustahil untuk kita berjalan dari satu pusat tamadun ke pusat tamadun lain, malah sebahagian besar dunia tidak dikenali oleh sebahagian yang lain. Seluruh wilayah terpisah antara satu sama lain, lalu sejarah difikirkan secara berasingan oleh kelompok masyarakat yang berlainan. Tapi kini, semuanya bergerak seiring lalu membentuk aliran tunggal sejarah dunia. Kesannya, kita semua kini termasuk dalam proses ekonomi global dan perlu berfikir secara global. Buku ini memaparkan falsafah dari seluruh dunia yang cuba menyedarkan peri pentingnya memberi penekanan kepada budaya dan tamadun silam pelbagai bangsa, agama dan iklim intelektual – asas yang banyak menyumbang kepada pemikiran manusia.
Dicatat oleh gamgam

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna
Dicatat oleh gamgam

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Dicatat oleh gamgam

Saidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Banyak penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.
Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpinting dalam bidang apa saja. Tetapi Saidina Othman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain."
Saidina Othman berkata lagi "Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah." sambung Khalifah lagi "Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang."
Abdullah bin Saba' keluar dengan perasaan gelap. Ia telah bersusah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacaukan ajarannya.
Maka Abdullah bin Saba' berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah yakni kaum Syiah sekarang.
Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga ia berani berkata "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak."
Mendengar khabar beracun seperti itu Saidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Dicatat oleh gamgam


Tokoh ulama terkenal, Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan,
istiadat cukur jambul anak adalah amalan bidaah dan khurafat. Sementara mengukir
inai di tangan ala tatoo yang menjadi trend bagi pengantin perempuan masa kini
adalah dikutuk dan dilaknat Allah.Seluruh umat Islam yang pernah terlanjur
melakukan perbuatan itu perlu merenung pendapat Datuk Hassan, bekas pegawai
Agama Islam di Istana Negara itu.

Dicatat oleh gamgam
Rabu, 8 April 2009 di 1:23 PG | 0 ulasan  




Sejarah Komputer
1.1
Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan
data berelektronik yang menerima dan menyimpan data,
melakukan
operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke
atas data dan
kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses
data secara
automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program
yang tersimpan
dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi
jujukan arahan-arahan
yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah
dengan menggunakan unit-unit
yang ada padanya.

Komputer
memainkan peranan yang penting dalam
kerjaya dan cara hidup seseorang.
Organisasi, tak kira besar atau kecil,
mengguna komputer untuk menolong
mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai
individu mengguna komputer di
rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan
perniagaan. Komputer mempunyai
kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa
disedarinya. Pembelian
barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat
(Automatic Teller
Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya
memerlukan komputer.
Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan
komputer lain
mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.



1.3 Apakah Dia Komputer?


Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat
menerima data input,
memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan
hasil output, dan
menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti
ini dilakukan di
bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di
dalam unit
ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk
berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan
ke
Internet. Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat
telekomunikasi
untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan, menghantar
dan mengguna maklumat
dipanggil teknologi maklumat.

1.6 Sejarah Dan
Perkembangan Komputer

Sejarah perkembangan
komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman , iaitu
:
a) sebelum tahun 1940
b)
selepas tahun 1940

Sebelum tahun
1940
Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga
sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor
yang
lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0
hingga
9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan.
Jari-jari
digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak
nombor-nombor
membantu mereka mengira dalam perniagaan
barter. Apabila
perniagaan semakin berkembang, jari-jari
tidak dapat
menampung keperluan pengiraan yang bertambah
rumit.
Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus
(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula
beribu
tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada
beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah
kedudukan
batu-batu
itu.

Pada tahun 1617, John Napier
mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier
(Napier's
bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan
bahagi, alat
ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang
Napier
diperbuat daripada tulang, kayu, logam
dan
kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada
segiempat
dengan
tangan.
Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun
1642.
Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada
roda. Pascal juga
telah banyak menyumbang idea dalam bidang
matematik dan ilmu
kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah
dimajukan oleh William
Leibnitz.


Pada tahun 1816, Charles
Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan
masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan
tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf
yang dicadangkannya,
mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input,
boleh menyimpan kerja-kerja
sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara
otomatik dan seterusnya mengeluarkan
output dalam bentuk cetakan pada
kertas.
Konsep
mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana
dianggap
terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun
terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap
terlalu maju pada masa tersebut. Babbage
kemudian
menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical
engine'.
Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan
projek ini
ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin,
idea Babbage
didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden
pada hari
ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan
model mesin
seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input,
ingatan, pemprosesan
dan
output. Kad
tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada
mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801.

Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang
pada
kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan
penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman
Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input
data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk
membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan
kad
tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran,
analisa
jualan dan sistem akuan kereta.
Howard
Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada
tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian
lagi
mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian
wayer
yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan
oleh geganti
elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah
fungsi-fungsi
trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun
demikian ia masih
dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan
ingatan yang sedikit.

Perkembangan
Tarikh
Peristiwa
Abacus atau Cepoa
Napier’s bones
Pascaline
Arithmometer
Difference engine
Analytical engine

Census tabulator

Analog
computer
Mark I computer

ABC


ENIAC



EDSAC dan
EDVAC

IAS

UNIVAC I dan IBM 701

Core
memory

FORTRAN

Transistor

COBOL

Integrated Circuit (IC)

BASIC

Minikomputer

Pascal
ARPANET

Large-scale
integration (LSI)
Apple computer

Microsoft dan MS-DOS

IBM PC

Machine of the Year

Lotus
123

PC AT
- 80286

Komputer Macintosh

Intel 80386
Intel
80486

Windows 3.0

World Wide Web (WWW)
Pentium
chip

Windows
95

Pentium Pro

Office
97



Windows 98

2000 – 3000
B.C.
1610
1645
1820
1823 – 1834
1834 - 1871

1887 - 1896

1927 – sekarang
1937 - 1943

1937 - 1939


1943 - 1946



1945 - 1952

1946 - 1950

1951 - 1954

1953

1957

1958

1960

1964

1965

1965

1967
1969

1970

1976

1980

1981

1983

1983

1984

1984

1987
1989

1990

1991

1993

1995

1995

1997



1998

Peranti pengiraan yang
terawal
diketahui
Alat mekanikal untuk pengiraan
Kalkulator mekanikal
yang
pertama (tolak sahaja)
Kalkulator pertama untuk melakukan 4 operasi
arithmetik
Kalkulator berautomat oleh Charles Babbage
Direka oleh
Charles Babbage sebagai komputer serbaguna pertama. Tidak sempat siap.
Direka oleh Herman Hollerith. Tebukkan data ke dalam kad untuk menjadualkan
data.
Kalkulator analog separuh automatik direka
Howard H. Aiken
membina
kalkulator elektromekanikal yang terbesar
Direka oleh Atanasoff
dan Berry.
Peranti pertama untuk melakukan pengiraan dengan tiub vakum.
Bermula komputer
generasi pertama.
Direka oleh Eckert dan Mauchly.
Komputer digital
elektronik yang pertama. Berjisim 30 tons, mengandungi
18,000 tiub vakum, dan
memenuhi ruang 30 x 50 kaki persegi.
Komputer
pertama berupaya menyimpan
data dan suruhan dalam ingatan
Komputer yang
memperkenalkan konsep
pemprosesan selari
Komputer digital pertama
dipasarkan secara besar-besaran
Ingatan teras direka untuk menyimpan storan
yang tinggi

Bahasa pengaturcara FORTRAN (FORmula TRANslator)
diperkenalkan. Masih diguna
sekarang.
Komputer dibina dengan transistor.
Menandakan permulaan komputer
generasi kedua.
Bahasa penggunaan
peringkat tinggi untuk perniagaan dimaju
oleh Dr. Grace Hopper.
Komputer
generasi ketiga diperkenalkan. Litar
kawalan disimpan pada cips.
Bahasa pengaturcara BASIC dibangunkan oleh Dr
John Kemeny di Dartmouth
Minikomputer pertama diperkenalkan oleh Digital
Equipment Corporation
(DEC)
Bahasa pengaturcara berstruktur dibangunkan.
Rangkaian APARNET
diwujudkan. Pendahulu kepada Internet.
Komputer
generasi keempat
mengandungi penyepaduan skala besar.
Steve Wozniak dan
Steve Jobs
membina komputer Apple yang pertama
IBM menawarkan Bill Gates
untuk
membangunkan sistem pengoperasian untuk komputer peribadinya.
Komputer
peribadi IBM diperkenalkan dan menjadi sangat popular
Majalah TIME
memilih
komputer sebagai calon tahunannya.
Pakej perisian bersepadu
Lotus 123
dibangunkan oleh Mitch Kapor.
IBM memperkenalkan komputer
peribadi dengan
pemproses mikro Intel 80286.
Apple memperkenalkan
komputer Macintosh yang
mengguna antara muka (interface) grafik
Komputer
mengguna pemproses mikro
Intel 80386
Pemproses mikro ini mengandungi 1
juta transistor dan
melaksanakan suruhan pada 15 MIPS.
Microsoft
memasarkan sistem
pengoperasian Windows 3.0
Piawai WWW untuk
memaut (link) dokumen dari
pelbagai komputer
Pemproses mikro yang
mengadungi 3.1 juta transistor dan
melaksanakan 112 MIPS.
Sistem
pengoperasian Windows 95 dengan banyak
perubahan baru
Mengandungi 5.5
juta transistor dan berupaya melakukan 250
MIPS.
Pakej bersepadu Word,
Excel, PowerPoint dan Access dipasarkan.
50
juta pengguna Internet.
Intel memasarkan Pentium II.
Upgrade kepada
Windows 95





Selepas
tahun 1940
Komputer-komputer
selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan
yang
kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar,
menggunakan
kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu
banyak tenaga
manusia untuk pengawasan.

Evolusi
komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi.
Angka
dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi
Pertama (1940 -
1959) Generasi
Kedua (1959
-1964) Generasi
Ketiga (1964 - awal
80-an) Generasi
Keempat (awal 80-an -
?) Generasi
Kelima (masa depan)Generasi
Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol
lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar.
Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar
tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga
menggunakan
tenaga elektrik yang banyak sehingga
kadang-kadang
menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer
ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains
menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat.
Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame)
.
Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical
Integrator
And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert
pada tahun 1946.
Perkembangan
yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya,
dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept).
Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga
menitikberatkan
penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr.
Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic
Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub
vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC.
EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep
aturcara tersimpan.

Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator)
memperkenalkan
penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan
ingatan. Cara ini
didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi
pada amnya ia masih dianggap
terlalu mahal. EDSAC dimajukan
oleh Unviersiti Cambridge,
England.
Pada
tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal
Automatic
Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses
data
perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan.

UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk
Amerika
Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer
berkaitan
pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.Genarasi
kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk
menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan
murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak
mudah
terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru
menyimpan ingatan
juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras
magnetik menggunakan
besi-besi halus yang dililit oleh litaran
elektrik. Keupayaan pemprosesan
dan saiz ingatan utama komputer juga
bertambah. Ini menjadi komputer
lebih pantas menjalankan
tugasnya.
Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi
untuk
menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar.
Dengan
yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih
mudah.
Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar
dalam
famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada
kerangka utama.
Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama
dicipta pada tahun 1964
bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain
komputer dalam generasi ini
ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi
ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor
kepada
saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat
dipadatkan ke
dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil
pengamiran skala
besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan
litar terkamir atau
lebih dikenali dengan panggilan
cip.
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz
cip
yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat
elektronik dan
harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen
elektronik yang
lain.
Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi
ini.
Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama
Apple II,
IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat
praktikal kepada
semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil,
harga yang murah dan
kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah
mikrokomputer berupaya
mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu
tugas.
Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1.
Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara
bina-dalam di
dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan.
Ini menjadikan
BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada
mikrokomputer.Generasi
keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih
maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor
didalamnya.
Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil
pengamiran skala amat besar
(very large scale integration, VLSI).
Pemprosesan dapat dilakukan dengan
lebih pantas, sehingga berjuta bit
sesaat. Ingatan utama komputer menjadi
lebih besar sehingga
menyebabkan storan skunder kurang penting.
Teknologi cip yang
maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan
minikomputer dan
juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga
mewujudkan satu
lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas
dan cekap
berbanding kerangka utama.Generasi
kelima Generasi kelima
dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan
komputer
impian masa depan. Reka bentuk
komputer
generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia
dijangka
mempunyai lebih banyak unit pemproses yang
berfungsi serentak
untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam
satu
masa.
Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya
membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit
pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak
manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri,
mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu
keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut
sebagai "artificial intelligence".
·

1.7
KRONOLOGI
SEJARAH PENGKOMPUTERAN MODEN
1969
· Marcian Hoff dan
Stan Mazor dari Intel merekacipta cip
CPU dengan senibina 4-bit yang boleh
menerima arahan dan melaksanakan fungsi
data
yang mudah. CPU ini kemudian
dikenali
sebagai mikropemproses 4004.
· Intel mengumunkan
pengeluaran cip 1 kilobit RAM.
1971
· Intel memperkenalkan
sistem mikrokomputer MCS-4 (Microcomputer
System
4-bit) yang terdiri daripada cip
ROM 4001,
cip ROM 4002, cip shift
register 4003,
dan mikropemproses 4004,
kelajuan CPU ialah
108kHz dengan
prestasi 60,000 pengoperasian
per saat.
Ia menggunakan 2300 transistor,
berdasarkan
kepada teknologi 10 micron.
1972
· Intel memperkenalkan
cip 200-KHz 8008, cip komersial pertama
dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian
memori 16 KB.
1974
·
Intel memperkenalkan cip 2 MHz 8080,
merupakan mikropemproses 8-bit. Berkeupayaan
mencapai memori sehingga 64KB.Menggunakan 6000
transistor, berlandaskan teknologi 6-micron
dengan
kelajuan 0.64 MIPS.
·
Gary Kildall
dari syarikat Mikrocomputer
Applications
Associates, membina system
pengoperasian CP/M
untuk system Intel 8080.
· Motorola memperkenalkan
cip 6800 menggunakan mikropemproses 8-bit.
Cip 6800 dicipta oleh Chuck Peddle
dan
Charlie Melear.
1975
·
Bill Gates dan
Paul Allen mendapat
lessen untuk menjual
aturcara BASIC kepada
MITS. Ini
merupakan program bahasa komputer
pertama
untuk komputer peribadi.
·
Bill Gates dan Paul
Allen membuka
syarikat Micro-Soft.
· MITS
mengeluarkan
komputer Altair 8800.
·
Penerbitan isu pertama
majalah BYTE.
1976
·
Steve Wozniak dan
Steve Jobs
menghasilkan komputer Apple l.
· Intel memperkenalkan
cip mikorpemproses 5 MHz 8085 dengan
kelajuan 0.37 MIPS. Menggunakan 6500
transistor, berdasarkan kepada teknologi 3-micron.
· Steve Jobs dan
Steve Wozniak membina syarikat Appl Computer.
1977
· Syarikat Apple
Computer memperkenalkan Apple ll dengan
CPU
6502, 4 KB RAM dan 16 KB ROM.
1978
· Intel memperkenalkan
cip mikropemproses 4.77 MHz 8086.
Menggunakan register 16-bit, bas data
16-bit, dan 29,000 transistor dengan
teknologi 3-micron.
1979
·
Syarikat Software Arts memperkenalkan VisiCalc.
· Syarikat Apple
Computer memperkenalkan cip mikropemproses
4.77
MHz 8088. Ia dibina sebagai
lanjutan
kepada cip 8086.
·
Syarikat Micropro
International memperkenalkan
pemproses kata
WordStar di tulis oleh
Rob Barnaby.
· Motorola
memperkenalkan cip mikropemproses 68000 16-bit
menggunakan 68,000 transistor.
1980
· Sinclair Research
memperkenalkan komputer ZX80. Ia menggunakan
teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1
dan mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM
dan
4 KB ROM.
·
Syarikat
Apple Computer memperkenalkan
Apple
lll dengan 2 MHz.
·
Seagate Technology
memperkenalkan cakera keras
pertama Winchester
5.25-inch menggunakan empat
platter dan
menyimpan 5 MB.
· Paul
Allen dari
Microsoft membeli hak cipta
DOS dari
Seattle Computer Products untuk
dijual
kepada IBM.
1981
·
Microsoft memulakan
kerja membina grafik
antara muka
dipanggil Interface Manager. Di
sini
bermulanya pembinaan grafik antaramuka
bagi
system Windows.
·
Intel
mengeluarkan coprocessor metamatik 8087.
1982
· Shugart Associates
memperkenalkan peranti cakera liut.
· Penerbitan pertama
majalah PC Magazine.
·
Intel memperkenalkan mikropemproses 6 MHz
80286 menggunakan 16-bit bas data dan
134,000 transistor (1.5 microns).
· Mikrosoft mengeluarkan
MS-DOS versi 1.1 kepada IBM bagi
kegunaan komputer peribadi IBM. Ia
menyokong
peranti cakera liut sehingga
320 KB.
· Lotus
Development
memperkenalkan program hamparan
Lotus 1-2-3.
1983
·
Apple Computer
memperkenalkan komputer Lisa
menggunakan
mikropemproses 5 MHz 68000
dengan 1 MB
RAM, 2 MB ROM,
monitor 12 inch
B/W, grafik 720x364,
dua peranti cakera
liut 5.25- inch 860
KB dan cakera
keras 5 MB. Ia
merupakan komputer
peribadi pertama
menggunakan konsep GUI.
“Lisa” bermaksud
Local Integrated Software
Architecture.
· IBM
memperkenalkan
komputer peribadi IBM XT. Ia
mempunyai
cakera keras 10 KB ROM,
papan
kekunci, peranti cakera liut 360
dan
menggunakan mikropemproses Intel 8088.
· Microsoft memperkenalkan
MS-DOS versi 2.0 untuk komputer peribadi.
· Novell memperkenalkan
rangkaian NetWare untuk IBM PC.
· Microsoft memperkenalkan
Microsoft Windows.
·
Microsoft secara rasmi mengeluarkan perisianh
Microsoft Word 1.0.
·
Borland International mengeluarkan Turbo
Pascal
untuk CP/M dan komputer 8086.
1984
· Steve Jobs
memeprkenalkan Apple Macintosh.
· IBM memperkenalkan
IBM PC mudah alih, dengan mikropemproses
Intel 8088.
·
Hewlett-Packard memperkenalkan pencetak LaserJet,
dengan resolusi 300dpi.
·
Motorola
memperkenalkan prosesor 16 MHz 68020.
· Microsoft mengeluarkan
MS-Dos versi 3.0 untuk PC.
1985
· Peranti CD-ROM
deperkenalkan untuk komputer.
· Intel memperkenalkan
mikropemproses 16 MHz 80386DX dengan
32-bit
register dan 32-bit (16 MHz) bas data
mengabungkan 275,000 transistor (1.5 microns).
· Microsoft mengeluarkan
Microsoft Windows versi 1.0
1986
· Apple Computer
memperkenalkan komputer Apple llGS berkuasa
1 MHz atau 2.8 MHz.
1987
· Apple cdomputer
memperkenalkan senibina terbuka Macintosh ll
menggunakan mikropemproses 16 MHz 68020.
Kemudian Apple Computer Macintosh SE
diperkenalkan menggunakan mikropemproses 8 MHz
68000 dengan 1 MB RAM dan 20
MB
cakera keras.
·
IBM
memperkenalkan IBM PS/2 menggunakan
8 MHZ
8086.
·
Motorola
mengeluarkan mikropemproses 68030.
· Microsoft mengeluarkan
hamparan Microsoft Excel untuk aplikasi
Windows.
1988
· Spectrum
Holobyte
memperkenalkan permainan Tetris untuk
PC,
diimport dari Rusia.
·
Intel memperkenalkan
mikropemproses 16MHz 80386SX
pada kelajuan
2.5 MIPS.
· IBM
mengeluarkan DOS 4.0
1989
·
Intel
memperkenalkan mikropemproses 25
MHz 486
menggunakan 1.2 juta transistor
dengan teknologi
1-micron.
1990
· Motorola
memperkenalkan mikropemproses 32-bit 25 MHz
68040 dengan mengabungkan 1.2 juta transistor.
· IBM mengeluarkan
mikropemproses RISC untuk komputer
kerangka
utama RS/6000.
· Microsoft
memperkenalkan Windows 3.0.


1991
· Advanced Micro
Devices (AMD) memperkenalkan AM386DX, cip
klon pertama Intel i386DX pada kelajuan
20 hingga 40 MHz.
·
Microsoft
memperkenalkan MS-DOS 5.0 GW-BASIC
digantikan dengan QBASIC, berlandaskan kepada
Microsoft QuickBASIC.
·
Linus Torvalds dari Finland membangunkan
Linux, sebuah system pengoperasian seperti
UNIX.

1993
· Apple
Computer memperkenalkan Macintosh LC lll
dengan
25 MHz 68030.
· Intel
memperkenalkan mikropemproses Pentium
menggunakan
32-bit register, dan 64-bit (60 MHz)
bas data
dan cakera keras 4 GB. Ia
mengabungkan 3.1
juta transistor, menggunakan
teknologi BiCMOS
0.8-micron. Kelajuan mencapai
60 MHz.
· Apple
Computer
memperkenalkan sistem Macintosh “AV”,
mengabungkan
pertama kalinya antara
telekomunikasi dan video.
·
Pusat National untuk
Supercomputing
Applications (NCSA) mengeluarkan
penyemak
imbas Mosaic v1.0 web.
1994
· Apple Computer
memperkenalkan komputer Power Macintosh
6100/60
dengan kelajuan 60 MHz.
· Mosaic Communication
melancarkan Netscape Navigator 1.0, penyemak
imbas bagi world-wide web.
· Digital Equipment
Corporatiom (DEC) memperkenalkan mikropemproses
Alpha AXP.
· IBM
melancarkan OS/2 Warp versi 3.
· Lomega memperkenalkan
peranti Zip dan cakera Zip.
1995
· IBM mengeluarkan PC
DOS versi 7.
· Microsoft
memperkenalkan Windows 95.
·
Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium
Pro
pada kelajuan 150, 180, dan 200 MHz
(440MIPS).
1996
· Intel
memperkenalkan prosesor
200 MHz Pentium mengabungkan 3.3 juta
transistor.
· Microsoft
memperkenalkan
Windows NT 4.0
· Microsoft
memperkenalkan
Osuntuk Windows CE. Nama kod
untuk
projek ini ialah Pengasus. “CE”
bermaksud
Consumer Electronics.
· IBM
melancarkan OS/2
Warp 4.
1997
· AMD
memperkenalkan
mikropemproses K6, dengan
teknologi MMX.
Prosesor ini mengabungkan 8.8.
juta transistor
dalam satu proses 35 micron.
· Apple Computer
melancarkan Mac OS 8.0.
1998
· Intel melancarkan
cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas
66 MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25
micron.
· Intel mengeluarkan
350
MHz dan 400 MHz mikropemproses
Pentium ll .
· Intel
mengumumkan
mikropemproses celeron 266 MHz dengan
32 KB
Level 1 cache.
· Steve
Jobs
memperkenalkan Apple Computer iMac :
mikropemproses 233 MHz PowerPC G3, 32
MB RAM, 4 GB cakera keras 24X CD-ROM, 15
inch monitor, 66 MHz bas system.
· Microsoft melancarkan
Windows 98.
· Motorola
memperkenalkan mikropemproses G4.
· Intel memperkenalkan
mikropemproses Pentuim lll.
1999
· Cyrix melancarkan
prosesor Mll.
· Apple
Computer memperkenalkan komputer mudah alih
PowerBook G3/333.
·
Microsoft mengumumkan Window 98 SE
(Special
Edition).
·
Steve Job
memperkenalkan komputer mudah alih
iBook. Ia
mempunyai monitor 12.1 inch
TFT, prosesor 300
MHz G3, cip grafik 4
MB ATI Rage
Mobility, peranti CD-ROM,
32 MB RAM,
modem, pot USB dan
10/100Base-T Ethernet, 3 GB
cakera keras, papan
kekunci dan Mac OS 8.6
· ADM
mengumumkan
pengeluaran mikropemproses Athlon.
· Apple Computer
mengumumkan komputer Power Mac G4 dengan
cirri-ciri 400 MHz PowerPC G4, 64
MB
RAM, peranti CD-ROM dan 10 GB
cakera
keras.
·
Microsoft
memperkenalkan system pengoperasian
Windows ME
2000
· AMD
memperkenalkan
mikropemproses Athlon 850 MHz.
· Microsoft mengumumkan
system pengoperasian Windows 2000 menggantikan
NT4.
· AMD
memperkenalkan
mikropemproses tahap 1.1 GHz.
· Intel memperkenalkan
mikropemproses Celeron 500 MHz dengan
teknologi proses 0.18 -micron.
· Intel mengumunkan
mikropemproses dengan kod “Willamette” akan
dikenali sebagai Pentium 4 dengan
kelajuan
melebihi 1.4 GHz.
·
Microsoft
memperkenalkan bahasa c# (c
sharp),
sebagai modul tambahan bagi c++
bersama
sokongan Web XML, COM, dan
sokongan
untuk Windows API.
·
Apple Computer
memperkenalkan PowerMac G4
Cube dengan
kelajuan prosesor 450 MHz
PowerPC G4.
· Apple
Computer
mengeluarkan komputer edisi khas
iMac DV+
dengan kelajuan mikropemproses
500 MHz
PowerPC G3. Ia dilengkapi
dengan sambungan
FireWire, 20 GB cakera
keras, pemacu
DVD-ROM dan penyokong
rangkaian wayerles AirPort.
2001
· AMD
memperkenalkan
mikropemproses Athlon XP 1.5
GHz
dikenali sebagai Athlon 1800+ dan
Athlon
XP 1.33GHx sebagai Athlon XP
1500+.XP
bermaksud extra performance.
· Apple computer
memperkenalkan system pengoperasian Mac OS X.
· Intel memperkenalkan
cip Pentium 4 pada kelajuan 2GHz
mempunyai 42 juta transistor.
· Microsoft memperkenalkan
Windows XP. XP bermaksud experience user.



BALik
geovisit();

Dicatat oleh gamgam

.1 Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.
Dicatat oleh gamgam
Penyelam ikan atau tuhun daing dalam bahasa Ubian (satu daripada 33 etnik di Sabah) adalah nelayan tradisional di Pulau Mantani, dekat Kota Belud, Sabah. Pekerjaan itulah yang menampung kehidupan keluarga mereka. Dengan mengikat tiub getah pada pinggang dan menggigit hujung tiub itu, penyelam akan menyedut oksigen daripada tiub dan menyelam antara 40 hingga 50 meter untuk menangkap udang galah atau menembak ikan bersaiz besar antara dua hingga 20 kilogram (kg), selain menjadikan siput kima sebagai hasil laut untuk keluarga. Tuhun daing yang berseluar pendek dan baju T, hanya memakai google dan kaki itik yang diperbuat daripada plastik keras (tong ikan yang dipotong dalam bentuk kaki itik) yang dipakukan pada getah tiub motosikal (untuk disarungkan pada kaki).
Mereka akan mengikat tiub getah ke pinggang beberapa kali bagi memudahkan ditarik oleh rakan yang berada dalam perahu jika berlaku sesuatu tidak diingini. Dengan menggigit hujung tiub, tuhun daing menghela nafas ketika menyelam di dasar laut. Berbekalkan senapang menembak ikan berpeluru sebatang besi tahan karat sepanjang kira-kira satu meter yang hujungnya berbentuk anak panah, tuhun daing juga membawa jaring kecil berbentuk bakul diikat pada pinggang masing-masing, dijadikan tempat menyimpan ikan yang ditembak. Tuhun daing cekap mengesan ikan di dasar laut. Jenahak, merah, gerepoh, kerapu, senangin, tetambak, ketak lantai dan pelbagai jenis ikan bersisik yang lain sering menjadi buruan mereka kerana harganya lebih tinggi. Dengan berenang di celah batu karang, tuhun daing bijak bersembunyi sebelum menunggu jenahak atau merah atau ikan yang lain keluar dari `rumah' mereka. Sebaik saja ikan jelas kelihatan, tuhun daing melepaskan tembakan yang ditujukan ke kepala ikan.
Lazimnya, tuhun daing menembak ikan bersaiz besar antara tiga hingga 20 kilogram (kg) dan kadangkala mencecah 30 kg. Jika ikan yang ditembak terlalu besar, tuhun daing harus bersedia mengejar ikan sebaik saja tembakan dilepaskan. Tujuannya untuk menangkap peluru senapang sebelum dilarikan ikan. Dengan memegang kemas peluru berkenaan, ikan tidak mampu melarikan diri terlalu jauh hingga sukar dikesan. Lazimnya, tuhun daing mampu bertahan kira-kira sejam di dasar laut. Setiap satu jam, mereka akan menarik tiub getah berkenaan sebagai isyarat rakan di dalam perahu menariknya ke dalam perahu. Selepas naik dalam perahu, tuhun daing perlu melepaskan lelah dan tugas berkenaan disambung rakan lain. Setiap kali rakan yang sudah menyelam naik ke dalam perahu, tuhun daing yang lain pula mengambil alih. Bukan saja ikan, udang galah juga banyak bersembunyi dalam batu karang. Tuhun daing akan berusaha menarik belalai udang galah hingga ia keluar daripada persembunyiannya. Begitu juga dengan siput kima. Selain isinya yang lazat bak ayam, cengkerang siput kima juga boleh dijadikan bahan mendapatkan wang bagi menyara anak isteri. Tuhun daing bukanlah penyelam “kosong” tanpa ditemani sedikit sebanyak ilmu yang diwarisi turun-temurun untuk memanggil ikan. Mereka juga melengkapkan diri dengan ilmu mengunci mulut ikan berbahaya seperti yu jerung dan kertang (kerapu yang melebihi 50 kg). Namun, bagi tuhun daing, bacaan ayat tertentu dalam bahasa Ubian dan Pala'u (Bajau Laut) tidak mampu mengatasi hak dan ketentuan Allah. Setiap kali berada jauh di dasar laut, hanya kepada Allah tempat mereka menyerahkan ketentuan nasib supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada malang yang tidak tahu bila bakal menjelma.
Dicatat oleh gamgam
TUHUN DAING menyambung hidup dengan menyelam di laut dalam menggunakan tiub kereta untuk bekal oksigen MENYELAM antara 40 hingga 57 meter di laut dengan hanya menggunakan tiub getah yang membekalkan oksigen daripada alat pemampat udara atau kompresor pendingin hawa kereta untuk mencari udang galah, ikan dan siput mungkin agak asing bagi kebanyakan nelayan di negara ini, khususnya di Semenanjung. Putaran enjin 13 kuasa kuda yang disambungkan pada kompresor pendingin hawa kereta menghasilkan oksigen yang dimampatkan sebelum disalurkan ke balang gas berukuran kira-kira satu meter yang kemudiannya disalurkan ke tiub sepanjang antara 40 hingga 50 meter.
Dicatat oleh gamgam
HARI KAMI MEMFORMAT KOMPUTER BERTUJUAN UNTUK MENGINGAT SEMULA PELAJARAN LEPAS...
SECARA KESELURUHANNYA, SAYA DAN RAKAN2 BERJAYA MELAKUKAN FORMAT.
Dicatat oleh gamgam


  • MAKKAH_ majlis perundangan islam arab Aaudi, mangharamkan penggunaan ayat suci al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia menjejaskan kesucian kalimah kitab suci islam berkenaan. Lapor SAUDI PRESS AGENCY.

  • tindakan menjadikannya sebagai nada dering terbukti satu penghinaan ayat suci dengan menghentikannya secara tiba-tiba ditengah bacaan atau mengabaikan bacaan.

  • ia berbeza dengan merakamkan ayat dari kitab suci al-Quran dalam telefon dengan niat untuk membaca dan mendengarnya ialah satu perbuatan murni..





TINDAKAN

MAJLIS

PERUNDANGAN

ISLAM

ARAB SAUDI
Dicatat oleh gamgam
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum